Blogger Layouts

jom klik2...!!

Sunday, July 7, 2013

wantan mee homemade

salam all...


tertiba plak terasa nak makan wantan mee so ape lagik, terus g tesco dan beli wantan mee dan fish ball dan baby sawi untuk wantan mee.

Selera mengalahkan orang mengandung..tah camne lah kan kalo time mngandung nanti..nasib lah kau wahai incik tunang.

Ni 1st time aku nak try buat wantan mee sendiri sebab sebelum ni if terasa nak makan Chinese food mesti laju2 cari Chinese Muslim Restaurant je. Tah ape mimpi kali ni terasa nak masak sendiri maka jadilah ini




Meh aku kongsikan resepinya :

BAHAN2 NYA


1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam

seikat sawi
(potong dan celur)

2 hiris halia

BAHAN WANTAN

200gm isi ayam*

2 ulas bawang merah*

2 batang daun bawang*

2 hiris karot*

1 tsp lada sulah

sehiris lemon

secubit garam

1 tsp minyak bijan

1 tsp tepung jagung

kulit wantan secukupnya

KICAP UNTUK MEE

4 tbsp kicap pekat

2 tbsp kicap cair

2 tbsp sos tiram

2 ulas bawang putih

1 cawan stok ayam


CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak.(saya masukkan juga sepotong kecil asam keping) Angkat dan toskan. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)


2. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak 

3. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 


4. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata dan letakkan sedikit diatas kulit wantan dan bentuk ikut suka ikut bentuk yang andai pandai


Wantan lupe pulak nak letak dekat pingan masa ambek gambar ni..hehehehe gelojoh sebab xsabar nak makan...kecor ayor liur dah masa ambek gambar ni...itu yang xmenyempat tu.

Ok lah..selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak makan wantan..tak susah pun.paling simple.

Friday, July 5, 2013

khasiat buah kurma

salam all..


persediaan menyambut ramadhan.

Harus lah buah kurma kan? Kurma ni bila nak puasa je semua orang baru kalut nak cari.
Walaupun ramai orang dah tahu khasiat buah kurma tapi tak semua orang suka makan pada hari2 biasa.

Aku memang suka makan kurma dan mesti ada dekat rumah sebab kalau tak sempat sarapan aku just makan kurma 2 biji sementara tunggu lunch hour.

So meh aku kongsikan sikit khasiat kurma dengan uollss semua.

Khasiat buah kurma:-

* mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

* mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung,     memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

* Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

* Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

* Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

* Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

* Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

 Apa tunggu lagi moh kite pergi beli stok kurma...

 

ByE. 

menghitung hari..

salam all...

Masa berlalu rasa macam cepat je kan? alhamdulillah if nampak anak bulan kita akan sambut ramadhan al-mubarak lagi 5 hari.

So dah buat persedian ke nak sambut bulan baik ni? bukan sediakan list makanan  untuk berbuka tau.
ni lah masa nak bagi perut tu berehat sikit.korang pun nak ade rehat kan.

 Okey..jom start count bersama ye.

ok ByE.