Blogger Layouts

jom klik2...!!

Friday, November 8, 2013

salam maal hijrah 1435H

assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru kan? walaupun agak terlambat tapi aku tetap nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, semoga tahun1435H ni lebih bermakna.





kejap je aku rasa setahun tu berjalan, sebab macam semalam je aku rasa kitorang berarak dalam hujan dan tup..tup..ni dah masuk tahun baru lagi.

dan aku macam ni lah..tetap jarang2 update blog...kalo x update pun bukan ade yang rindu pun....(ayat merajuk)


ok lah, dikesempatan yang ada ni aku nak memohon maaf andai dalam setahun ni ade yang terasa dengan penulisan aku secara semgaja atau tidak.

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 1434H dari perantauan

Salam Aidiladha semua.




mesti ramai yang dah balik kampung kan? 
Aku? erm....
macam tahun2 lepas aku beraya di perantauan je

Sedih la kot bila tak balik raya tapi untuk tahun pertama je...
tahun2 berikutnya dah ok..dah dapat pujuk hati 
tapi tu hati sendiri...hati mak kat kampung tu tak tau lah camne
sebab depan kite dia kata ok..tapi dengar cam tak ok pun ade juga....

So, kepada yang dapat balik kampung dekat2 tu balik lah...
berayalah dengan ibu bapa selagi mereka masih ada...
percayalah masa yang dah berlalu tu tak akan boleh diubati dengan masa yang berganti 

Oleh itu saya CIK LIN mohon ampun dan mengucapkan selamat hari raya aidiladha


Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013

Salam...

Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

So korang balik mana? aku biasalah balik Aloq Staq. Memang raya kali ni aku rasa raya yang paling bermakna untuk aku. Tau sebab ape? Sebab tahun ni aku berkemampuan buat mak aku happy. Aku belikan dia barang2 dapur dan baju raya bagai.

Kalau 10 tahun lepas aku minta baju raya dan happy bila dapat. Dan untuk kali ni aku buat mak aku pula rasa perasaan happy bila dapat baju raya.
Kalau 10 tahun lepas aku meminta supa memasak juadah itu dan ini, tapi untuk raya kali ni aku yang sediakan juadah itu dan ini untuk mak aku
Kalau 10 tahun lepas mak aku buat aku happy bila dapat duit raya, dan untuk raya tahun ni aku biarkan mak aku tersenyum pagi raya bila dapat duit raya.

Aku di lahirkan dalam keluarga kecil dan kehilangan bapak tercinta 13 tahun lalu. Tapi aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk merasa kasih sayang ayah bila mak aku bertemu jodoh dengan ayah sekarang.

Dulu aku selalu impikan nak ambek potret sekeluarga, tapi sayang kesempatan itu tak pernah wujud.... sebab masing selalunya balik raya tak serentak.Namun lembaran adilfitri kali ni memberi aku kegembiraan yang tidak terkata...aku syukur kepada-Mu.

So untuk insan2 yang merasakan aidilfitri mereka tidak bermakna jangan bersedih kerana insyaallah kebahagiaan pasti akan muncul dalam apa jua keaadaan dengan izin-Nya



#coretanhatiku

Sunday, July 7, 2013

wantan mee homemade

salam all...


tertiba plak terasa nak makan wantan mee so ape lagik, terus g tesco dan beli wantan mee dan fish ball dan baby sawi untuk wantan mee.

Selera mengalahkan orang mengandung..tah camne lah kan kalo time mngandung nanti..nasib lah kau wahai incik tunang.

Ni 1st time aku nak try buat wantan mee sendiri sebab sebelum ni if terasa nak makan Chinese food mesti laju2 cari Chinese Muslim Restaurant je. Tah ape mimpi kali ni terasa nak masak sendiri maka jadilah ini




Meh aku kongsikan resepinya :

BAHAN2 NYA


1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam

seikat sawi
(potong dan celur)

2 hiris halia

BAHAN WANTAN

200gm isi ayam*

2 ulas bawang merah*

2 batang daun bawang*

2 hiris karot*

1 tsp lada sulah

sehiris lemon

secubit garam

1 tsp minyak bijan

1 tsp tepung jagung

kulit wantan secukupnya

KICAP UNTUK MEE

4 tbsp kicap pekat

2 tbsp kicap cair

2 tbsp sos tiram

2 ulas bawang putih

1 cawan stok ayam


CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak.(saya masukkan juga sepotong kecil asam keping) Angkat dan toskan. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)


2. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak 

3. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 


4. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata dan letakkan sedikit diatas kulit wantan dan bentuk ikut suka ikut bentuk yang andai pandai


Wantan lupe pulak nak letak dekat pingan masa ambek gambar ni..hehehehe gelojoh sebab xsabar nak makan...kecor ayor liur dah masa ambek gambar ni...itu yang xmenyempat tu.

Ok lah..selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak makan wantan..tak susah pun.paling simple.

Friday, July 5, 2013

khasiat buah kurma

salam all..


persediaan menyambut ramadhan.

Harus lah buah kurma kan? Kurma ni bila nak puasa je semua orang baru kalut nak cari.
Walaupun ramai orang dah tahu khasiat buah kurma tapi tak semua orang suka makan pada hari2 biasa.

Aku memang suka makan kurma dan mesti ada dekat rumah sebab kalau tak sempat sarapan aku just makan kurma 2 biji sementara tunggu lunch hour.

So meh aku kongsikan sikit khasiat kurma dengan uollss semua.

Khasiat buah kurma:-

* mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

* mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung,     memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

* Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

* Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

* Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

* Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

* Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

 Apa tunggu lagi moh kite pergi beli stok kurma...

 

ByE. 

menghitung hari..

salam all...

Masa berlalu rasa macam cepat je kan? alhamdulillah if nampak anak bulan kita akan sambut ramadhan al-mubarak lagi 5 hari.

So dah buat persedian ke nak sambut bulan baik ni? bukan sediakan list makanan  untuk berbuka tau.
ni lah masa nak bagi perut tu berehat sikit.korang pun nak ade rehat kan.

 Okey..jom start count bersama ye.

ok ByE.