Blogger Layouts

jom klik2...!!

Monday, April 15, 2013

tip pemilihan syampu yang betul


 salam all..

Tertiba teringak nak share sedikit info tentang pemilihan syampu. Hal ini kerana kalau kita pilih syampu yang salah maka rambut dan kulit kepala kita terdedah untuk mengalami masalah seperti rambut kurang bermaya dan rosak.

Aku ni dah la ada rambut panjang so pemilihan syampu yang betul amatlah diharap oleh rambut aku *agaknya lah*

So antara tip yang aku nak share adalah :



1. Pilih Syampu Ikut Jenis Rambut

Kalau jenis rambut yang tebal dan kasar, pilih syampu yang sesuai untuk rambut yang tebal, atau yang sesuai untuk kulit kepala berminyak. Sebabnya rambut yang jenis tebal lebih mudah untuk memerangkap minyak dan kotoran yang terlekat di kepala.
Untuk yang gatal-gatal, atau yang selalu stress atau migrain, sesuai ambil syampu yang ada "cooling effect".


2. Pilih Syampu Yang Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

Bila kurangnya penggunaan bahan-bahan kimia, rambut kita ni lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Pilih syampu yang ada bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera (lidah buaya), lavender, minyak kelapa dara dsb yang digunakan juga dalam rawatan rambut tradisional.


3. Syampu Untuk Kulit Kepala, Perapi Untuk Rambut

Kalau yang nak pakai syampu dan perapi (2 in 1), syorkan kepada yang mempunyai  jenis kulit kepala dan rambut yang normal. Kalau yang nak pakai syampu dan perapi asing-asing, sesuai untuk rambut yang jenis kasar dan tebal.


4. Cuci Rambut Setiap 2 Hari Sekali

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Sebabnya rambut kita ni ada "minyak semulajadi" yang buatkan rambut kita tampak licin dan bersinar. Kalau dicuci setiap hari, lama-lama nanti minyak ni akan berkurangan dan buatkan rambut jadi kusut dan tak bermaya. Kalau betul-betul kulit kepala berminyak, boleh syampu sehari sekali.
Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering.
Cuci rambut sebelah petang atau malam seeloknya, selepas balik kerja atau outing siang hari


5. Syampu Rambut Ikut Cara Yang Betul

Okay yang ni ramai tak tahu macamana nak guna syampu dengan betul. Mula-mula basahkan rambut dalam seminit. Gunakan air suam, tak terlalu sejuk atau tak terlalu panas. Letakkan syampu pada tangan, ratakan pada kulit kepala, kemudian boleh urut gunakan jari dalam bulatan tapi harus diingat jangan terlalu kuat kerana rambut kita lemah ketika basah. Selesai bersyampu, boleh bilas rambut dan kulit kepala. Mudah kan? :-)


 dan akhir sekali sekali sekala manjakan lah rambut anda ke salon. Tak perlu mahal tapi perlu cari salon yang menggunakan syampu dan perapi yang berkualiti. "alah membeli menang memakai"

ok selama mencuba

ByE.


        





No comments: