Blogger Layouts

jom klik2...!!

Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013

Salam...

Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

So korang balik mana? aku biasalah balik Aloq Staq. Memang raya kali ni aku rasa raya yang paling bermakna untuk aku. Tau sebab ape? Sebab tahun ni aku berkemampuan buat mak aku happy. Aku belikan dia barang2 dapur dan baju raya bagai.

Kalau 10 tahun lepas aku minta baju raya dan happy bila dapat. Dan untuk kali ni aku buat mak aku pula rasa perasaan happy bila dapat baju raya.
Kalau 10 tahun lepas aku meminta supa memasak juadah itu dan ini, tapi untuk raya kali ni aku yang sediakan juadah itu dan ini untuk mak aku
Kalau 10 tahun lepas mak aku buat aku happy bila dapat duit raya, dan untuk raya tahun ni aku biarkan mak aku tersenyum pagi raya bila dapat duit raya.

Aku di lahirkan dalam keluarga kecil dan kehilangan bapak tercinta 13 tahun lalu. Tapi aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk merasa kasih sayang ayah bila mak aku bertemu jodoh dengan ayah sekarang.

Dulu aku selalu impikan nak ambek potret sekeluarga, tapi sayang kesempatan itu tak pernah wujud.... sebab masing selalunya balik raya tak serentak.Namun lembaran adilfitri kali ni memberi aku kegembiraan yang tidak terkata...aku syukur kepada-Mu.

So untuk insan2 yang merasakan aidilfitri mereka tidak bermakna jangan bersedih kerana insyaallah kebahagiaan pasti akan muncul dalam apa jua keaadaan dengan izin-Nya



#coretanhatiku