Blogger Layouts

jom klik2...!!

Sunday, December 30, 2012

bermulanya lembaran baru

salam all...

lama sangat i x hapdet blog ni..jgn kata berhabuk......dah bersawang sakan dah.
masa yang ade sebenarnya cukup tapi bila on lappy tertiba mood nak menulis tu berlalu pergi cam ditiup angin gitu, so off atau pun just layan fb (actually ni bukan faktor usia kan? hihihihihi)

pejam celik pejam celik kejap je 2012 dah nak berlalu kan..baru rasa mcm semalam sambut new year tau2 lagi sehari lagi nak sambut new year lagi.

2012 berlalu dengan sejuta kisah, harap hadirnya 2013 nanti dengan lembaran baru dan kisah baru juga kebahagiaan yang lebih bersama kawan2 dan keluarga tercinta juga insan tersayang....

A.Z.A.M? erm....perlu ke hapdet azam tiap2 tahun kalo yg lepas2 pun mcm xpernah tercapai je.....
azam aku tetap sama kot.

nak kerja dengan lebih rajin dan cuba membahagiakan semua orang disekeliling. 

so, hope kite semua menhadapi tahun baru dengan semangat baru dan keyakinan baru serta harap tahun baru ni akan terus memberi kite semua kebahagiaan dan kegembiraan yang berlipat kali ganda..

ByE All....



Wednesday, November 14, 2012

salam maal hijrah~

Assalamualaikum all..




sekejap je kan...pejam celik dah masuk tahun baru..so sama2 lah kita jadikan tahun baru ini adalah permulaan yang baru dan lebih baik.

mood ::: agak busy sikit, blog dah sedikit berhabuk...cerita dah berkapok tapi xsempat nak hapdet


Monday, October 29, 2012

salam perantauan

assalamualaikum all...

selamat hari raya aidiladha (belum terlambat kan)

Walaupun hanya raya korban bagi yang mempunyai keluarga di kampung pasti akan mengambil peluang ini untuk balik beraya kan? bagi yang dah berkeluarga dah tentu2 bergilir2 dengan pasangan untuk pulang beraya ( bagi yang lain2 negeri lah) tapi bagi aku yang bujang terlajak ni dah tentu2 balik kampung sendiri je kan... 

Tapi aku tahun ni untuk raya haji ni tak balik atas beberapa sebab yang tak dapat nak elak. (keje la tu)
selain dari roadtax kereta aku yang memerlukan dana bulan ni. Memandangkan aku tak balik so beraya lah aku di Shah Alam sebagai anak perantauan.

pagi raya aku beraya bersama dengan my bff and 2nd bos beraya rumah adik angkat kitorang kat kerinchi 

ini lah adik kesayangan aku - nasib ade dia boleh gak menumpang kasih

So lepas je beraya rumah dia kitorang tertiba rasa mcm nak serang rumah faizah plak dekat Sg,Besar..
terus pergi sana dengan tabah dan siap request nak mee kari  bagai.

Sampai je rumah kawan kitorang kat Sg.Besar tu terus tangkap gambar sebab feling2 mcm balik beraya. So jom lyan pict sampai lebam

 my sayang : dayang>aku>adik>faizah

 verangan macam dalam filem hindustan

 wit omar + our 2nd bos (dia pun join anak rantau sbb xsempat nak balik KK)

 konon2 macam photoshoot plak 

  sayang u all ketat2


Lepas makan and lepak kejap terus bertolak balik Shah Alam balik sebab esoknye kitorang bekerja...ya bekerja pada hari weekand adalah kepakaran kitorang satu gangs.

okeh syang2 semua.....

ByE:::: 

 
           

Thursday, October 25, 2012

poslaju yang slow


assalamualaikum all...

*tarik nafas...hembus...puffff...*



Tadi aku memang mengamuk giler dengan pos laju ni. Pos malaysia ni memang mcm tu ke attitude diorang, kerja ikut suka dan ikut mood. Langsung tak fikir orang lain.

ceritanya bermula begini,,aku ade pos baju raya untuk my mom kat kampung. Memandangkan aku tau raya dah dekat maka aku pun tanya lah masa nak pos tu...

aku   > 'adik ni if akak pos khamis boleh sampai x?'

pos boi    >  eh...sampai sangat lah akak...

aku     >  betul nih?

pos boi  >  betul akak, dijamin!!

So bila dia dah jamin bagai aku pun pos lah barang tu dengan tiada rasa curiga...so hari ni aku pun call my mom cakap jangan pergi mana2 sebab aku ada kirim something...

Mak aku tunggu punya tunggu sampai pukul 2 petang, so dia gtau aku dan aku pun check tracking and happy sebab memang dah keluar dan akan delivery hari ni...but sampai pukul 5pm still xde tanda2 yang bungkusan tu akan tiba.

Aku pun call custemer service pos malaysia,then dia ckp dari sistem dia belom ada record posman tu balik so aku pun minta pos alor star punya number untuk memudahkan aku berurusan. bila call pos alor star semak punya semak dia kata  posman belum balik dan dia minta aku call lagi 5 minit. Lepas aku call 5 minit dia boleh cakap maaf la cik posman kita dah balik la,bungkusan tu akan dihantar lepas cuti nanti. Masa ni aku dah panas muka, pertama sebab bila semak reason dekat sistem dia ckp bungkusan tak dapat dihantar sebab org tak ade dirumah...atok dia!! my mom tunggu dari pagi kat rumah tu ape??boleh plak ckp tak de org dekat rumah. ke-2 sebab yang angkat call tu menjawap yang amat menyakitkan hati...siap cakap 'biasalah cik bukan hantar rumah cik sorang'  aku if tak marah pun jadi marah.

So aku ape lagi, dah marah giler...aku cakap "say tak kira,apa nak jadi saya nak mak saya dapat bungkusan tu"  so dengar lah dia bincang dengan penyelia dia. dan akhirnya keputasan dibuat.

'if cik nak hari ni juga boleh,tapi kena datang ambek sendiri lah' so bila dah ade  solution tu aku dah kembali reda. Walaupun sedikit terkilan dengan mutu perkhidmatan POS MALAYSIA aku terima lah juga. maka mak aku ni pergi lah ambek sendiri kat pejabat pos tu walaupun masa tu dah pukul 6.30pm sedangkan pos malaysia tutup pukul 6pm.Sebab aku minta diorang tunggu dan serahkan pada mak aku.

Nampak macam sedikit rude kan aku ni,but aku terpaksa....dah la tak dapat nak balik kampung jadi itu je yang mampu aku bagi mak aku tau2 tak dapat atas kelalaian orang lain..mau tak hangin aku. If kali pertama tak pe, tapi ni dah masuk kali ke 2 jadi minta maaflah POS MALAYSIA lepas ni aku kena cari alternatif lain menngantikan perkhidmatan anda yang tidak efficient tu.

The moral of story, biar bayar lebih janji puas hati. jadi, pesanan ikhlas untuk pos malaysia if nak maju tolong lah ubah attitude segelintir pekerja korang tu. Pastu gambar burung kat logo korang tu sila tukar ke gambar ini ----------------------------------------
                                                                           |
                                                                           |
                                                                           |
                                                                           |
                                                                          V

ByE all............

motoGP yang hujan....

assalamualaikum all,



Lama sgt lah tak hapdet sbb mmg menyibuk sibuk sgt. Tapi ahad hari tu aku sempat  pergi tengok motoGP tu pun sebab my beloved brother yang ajak dan bagi tiket. memang agak malas juga nak pergi mula tu sebab aku tau mesti hujan, tapi awal pagi tu macam cerah dan sangat panas. U all bayangkan aku and my brother keluar rumah pukul 8 panas terik macam dah pukul 9 lebih, so aku agak memang akan panas dan balik dengan warna kulit akan menjadi sewarna dengan my brother.



masa aku sampai tu motoGP 3 baru nak mula so sempat lah tgk rentak perlumbaan zulfahmi tu. and bangga gak lah dengan pencapaian beliau. so masa si comel ni beraksi cuaca memang still panas walaupun dah nampak awan hitam.

comelkan pakwe i ni...hihihi

so bila dah masuk motoGP 2 cuaca dah mula mendung, dan masa ni xsempat habis pun hujan turun dengan lebatnya tanpa sebarang signal, maka perlumbaan dihentikan. bergitu juga lah utk game seterusnya masih berbaki lap bila game dihentikan atas sebab2 faktor keselamatan. sbb games yg last tu dah mcm pertandingan sape jatuh dengan bergaya je..sbb banyak giler yg jatuh.

actually ni adalah 1st time aku pergi SIC tu...memang nak g dah lama kononye nak tengok F1 lah nak tgk itu lah, ini lah last2 xpergi pun... at last dapat gak pergi dan saksikan perlumbaan dengan tiket free...thanks abg!!




ByE..

Thursday, October 4, 2012

day 2 (Freser Hill) - event for Tourism Malaysia

Assalamualaikum...

untuk hari kedua semua participant memulakan perjalan hunt mereka menuju ke freser hill... memang best kot bila dapat konvoi ramai2..bayangkan sebanyak lebih dari 25 buah kereta bergerak dengan abg pulis di hadapan dan dibelakang...memang verangan jap aku masa tu..konon2 princesses...

semua participant akan melalui kuala kubu dan berakhir di Freser Hill untuk hari ke - 2 ni...

check point 1- Kuala Kubu

di kuala kubu participant dapat 5 soalan dan harus diselesaikan dalam masa 30 minit dan dikehendaki menghabiskan cendol untuk mendapatkan point.



 ni group fairol media dari Brunei tgh submit jawapan dekat marshall

Group Pen merah tgh fokus bincang jawapan

 
 selesai menjawap soalan kena makan cendol pula


Check point 2 - Freser Hill
  
Di freser Hill ni participant diberi cabaran seperti memanah,menungang kuda, naik bot n bawa tresure serta dikehendaki menjawap soalan. memang best bila participant bersungguh2 melaksanakan tugas masing2..

                                          
                                     
                                               


 acara memanah yang agak sukar untuk newbie.


 ketekunan setiap ahli kumpulan mencari jawapan

 
 participant menunjukan jawapan pada marshall


all participant berkumpul dan bergambar sebelum flag off

 
konvoi begerak turun dari Freser Hill menuju ke check point seterusnya

check point seterusnya menjanjikan cabaran yang lebih hebat....


ByE.....

Wednesday, September 26, 2012

day 1(sepang interrnational circuit ) –event for tourism malaysia

hi..lama tak bersiaran kan…
agak bz dengan aktiviti pejabat dan luar pejabat. aku just nak share pengalaman bersama geng2 tourism malaysia dalam anjurkan event
actually ni adalah event tourism malaysia dalam usaha mempekenalkan malaysia.
so dalam event yang berlangsung selama 5 hari ni melibatkan ramai blogger dan media dari malaysia dan juga negara asia yang lain seperti china,jepun, indonesia, philipina, india, brunei dan beberapa negara lagi
dekat sini peserta diberi peluang untuk merasai memandu di dalam litar.
lets layan gambar-gambar diorang
229329_4695956122602_1504860123_n
sepang international circuit
246487_10151026034026364_1870479857_n
abg2 pulis yg eskort kami selama 5 hari..thanks abg2 pulis
246683_10151026032656364_1261682237_n
 pen merah & the gangs
301487_10151026032446364_1693840351_n422617_10151026033286364_536148389_n
all participants tekun mendengar rules semasa berada dalam SIC
565033_4724075705574_290544770_n
beratur sebelum berlepas
644593_10151026033126364_1754155660_n
aik.….

tunggu story seterusnye ok…
ByE…..

Monday, September 10, 2012

open house~

eh...dah raya eh? ape?...dah nak abis raya?
hihihi itu lah situasi aku sekarang...cam xsedar yang ramadhan tu dah berlalu lama dah
raya pun xlama lagi dah nak close house...tapi aku baru nak ber 'open house'

xnak salahkan kerja sbb kerja ni very subjective. kadang2 nampak macam xde kerja tapi masyaallah xcukup tangan tapi kadang2 nampak mcm banyak tapi actally 'drama' je.. tapi yang penting dah lama xsempat nak ber'online'..kat opis lagi lah sejak2 cover kerja seseorang rakan seopis yang dah berhenti... balik rumah plak lagi lah xlalu nak ber'online' ni. eh dah menyimpang ni niat sebenar....

actually nak share pic open house syarikat ngan u all...
majlis xde lah besar2 bangat tapi everything smooth so boleh lah menarik nafas lega
so jom layan mata sampai berdarah ngan pic tuan rumah..hehehehe


anak2 dara yang feel mcm tangga rumah sendiri

eh..dah ade anak rupenye..hahaha anak 'pinjam'

muka2 ikhlas yang datang awal untuk bertugas

bersama bos2 dan sebahagian kakitangan yang menjayakan open house

ha..ambek ko..bergambor ngan bo0s mcm pre wedding

hahaha...xde kan gambar yang xde gambar aku....harus lah setiap gmbar ade aku sbb aku menempeng je camera org..henset aku time ni battery weak sbb dari pagi dekat kota permai sempena selangor master golf.

Wednesday, August 1, 2012

majlis penyerahan bubur lambuk

salam 12 ramadhan

semalam syarikat aku keje ni sumbangkan bubur lambuk dekat majid negeri Shah Alam tu..
so sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi berwibawa(jangan muntah kang batal pose) aku pun bertugas lah. Walaupun dalam keterpaksaan aku tetap lakukan dengan seikhlas mungkin, terpaksa sebab aku dah ada plan nak berbuka luar tapi ape kan daya bila saya yang menurut perintah jadi kena lah buat juga.
ini merupakan bubur lambuk yang siap dimasak dan dimasukkan ke dalam bekas. sebanyak 1200 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada orang ramai sekitar masjid selepas solat asar.

pertugas sukarela sedang mengagihkan kurma, supaya adil dan semua dapat


ini merupakan antara yang datang awal.memang diorang semangat dan sabar tunggu. Ini merupakan pengalaman pertama aku join pekara2 amal mcm ni. baik memberi mahupun menerima. aku ni kan xsuka tempat ramai2 jadi mmg xpernah terlintas kat kepala nak beratus panjang2 semata2 nak ambek bubuk lambuk.

dulu2 zaman kecik2 suka juga ajak mak aku pergi beratur abek, tapi mak aku cakap xpayah lah sebab kata mak aku bagi lah pada yang memerlukan. so if anak2 nak makan bubur lambuk mak aku akan buatkan sendiri. Tapi kat kampung aku panggil kanji.aduh teringat kanji daging mak aku yang ossemmm.





dan akhir sekali harus lah ade gambar tuan blog yang nampak agak bulat sejak join company baru ni.nak diet..nak diet..nak diet..


sekian
ByE::

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan ke-7 - istana budaya

salam semua
*edisi tertinggal keretapi lagi*


sekarang walaupun dah puasa dh 11 hari, tapi tetap gigih kan nak hapdet cerita lama. kalau juadah berbuka ni kompom2 dah basi plus berkulat dan berkulapok bagai.

tu menunjukkan ketekunan aku dalam nak share tempat makan yang best (erm..actually best la kot)
tapi bila tgk balik baru perasan yang xde pun gambar makanan yang ada hanyalah gambar permakan...hehehehe

kat istana budaya ni makanan dia ok lah juga.sdap and kena ngan tekat aku. makanan paling meleleh air liur aku sampai saat ni adalah tauhu bakar. serius tak tipu mmg sedap tapi sayang macam aku cakap aku tak de ambek gambar.
makanan lain yang best adalah lauk pauk yang dihidangkan mmg sedap cuma air je kurang manis terpaksa senyum paling manis sebelum minum dgn harapan ia akan menjadi manis!
sekepala diorang kenakan rm35. yeah, harga agak murah dan makan agak mewah dan aku rasa berbaloi lah








lepas makan kitorang sambut birthday si muni ni ha...walaupun dah lepas 2 hari....
dan yang penting kek dia sanggat ossemmm..sedap gilak.
ape perasa tah......hazel nut kot

so next adalah birthday boy si omar tu plak....







Thursday, July 26, 2012

hari ke-5 berbuka di secret recipe

salam ramadhan semua..
*edisi tertinggal bus*

sekejap je kan minggu pertama ramadhan dah berlalu. Sama ada kite noted atau tak masa yang berlalu memang sangat cepat.

ni masa aku n my click pergi bincang pasal kerja..gigihkan bekerja sampai lepas opis..
haruslah lepas keje kawan2..sebab ni site job je...kitorang mula nak makan dekat hotel je, tapi memandangkan aku balik opis agak lambat dari shah alam nak menempuh masuk KL plak kan
so akhirnya we just decide singgah secret recipe

secret recipe ni bulan puasa dia ade bagi kurma dan air kenduri free tapi biasalah kan bila namanye berpuasa nak juga isi ikut kehendak tekak.

so aku order apple kasturi. agak sedap tapi gelas dia kurus so mcm tak cukup



popia otak2 yang ossemm


lasagna
(xtau sedap ke x,sbb kwn order)


kuteaw tom yam..
(nama sebenar dah lupe)

masakan ni kat mana2 pun sebenarnya sedap.yang menjadikan tak sedap tu bergantung dengan tekak masing2. kalau dari kecik minum kopi pekat tak pahit katanye cuba bagi dekat orang yang tak pernah minum kopi langsung ape jadinya?
macam tu lah bila makan kat mana2 pun..maka bagi tekat aku dekat secret recipe ni masakan dia ok2 aje...