just want to share about one story love yang aku terbaca dan berjaya buat aku terfikir adakah cinta mampu buat seseorang tu berfikir dan bertindak di luar kebiasaan…
dan buat aku terfikir sejauh mana kuasa sebuah cinta itu.
Begini ceritanya (True Story)
Pada tahun 1971 surat khabar New York Post menulis kisah nyata tentang seorang lelaki yang hidup di sebuah kota kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Pemuda ini menikahi seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukul anak dan isterinya.
Satu malam dia memutuskan untuk mengadu nasib ke kota besar, New York. Dia mencuri duit tabung isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke kota besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati hidup yang dia idamkan – Sex, judi dan dadah. Dia menikmati semuanya dan melupakan anak isterinya.
Bulan berlalu. Tahun berlalu. Bisnesnya gagal, dan dia mulai kekurangan wang. Lalu dia mulai terlibat dalam perbuatan jenayah. Ia menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya,dia tertangkap. Polis memasukkan dia ke dalam penjara, dan pengadilan menghukum dia tiga tahun penjara.
Menjelang akhir masa penjaranya, dia mulai merindukan rumahnya. Dia merindukan isterinya. Dia rindu keluarganya. Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya.
Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh kerana itu ia menulis suratnya dengan menulis, “Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku.
Namun jika engkau masih ada perasaan padaku, mahukah kau nyatakan?
Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di pusat kota. Apabila aku lalu dan tidak menemui sehelai reben kuning, tidak apa. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan lagi menganggu engkau dan anak-anak seumur hidupku.”
Akhirnya hari pelepasannya tiba. Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia membaca suratnya, apakah dia mahu mengampunkan kesalahan dia? Dia naik bas menuju Miami, Florida, yang melalui kampung halamannya, White Oak. Dia sangat sangat gugup. Seisi bas mendengar ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu, “Tolong, apabila lalu White Oak, jalan pelan-pelan…kita mesti lihat apa yang akan terjadi…”
Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat kota White Oak. Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Peluh dingin meleleh deras.
Akhirnya dia melihat pohon itu. Air matanya menitis…
Dia tidak melihat sehelai reben kuning…
Tidak ada sehelai reben kuning….
Tidak ada sehelai……
Melainkan ada seratus helai reben-reben kuning….bergantungan di pohon beringin itu…Ooh…seluruh pohon itu dipenuhi reben kuning…!!!!!!!!!!!!
Kisah nyata ini menjadi lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika. Pemandu bas tersebut menelefon surat khabar dan menceritakan kisah ini. Seorang penulis lagu menuliskan kisah ini menjadi lagu, “Tie a Yellow Ribbon Around the Old Oak Tree”dan menjadi hits pada bulan April 1973.
so,kepada yang masih mempunyai insan2 tersayang,hargailah mereka kerna setiap anugerah yang kita ada hanya pinjaman…jangan bila dah xde baru nk menyesal….
sumber gambar:: en.google
nota kukukaki:: cerita ni aku baca kat isu hangat.com…
No comments:
Post a Comment