Blogger Layouts

jom klik2...!!

Tuesday, June 19, 2012

lintah...lintah bulan...lintah darat



salam semua....

ha...sape geli dengan lintah? aku dulu2 kat kampung memang selalu nampak binatang tecik nonet ni... lintah ni kata orang ade banyak jenis, lintah bulan tu salah satu jenis yang ade dalam keluarga lintah tapi lintah darat tu tak termasuk ye.

kalau nak cerita bab lintah ni memang lain orang lain pengalamannye..tapi bagi orang2 kampung cam aku je lah. yang kat bandar ni mungkin jarang yang ade pngalaman dengan lintah...lintah darat mungkin lah...

macam sekarang lintah ni dah di komersialkan dah, kat kampung memang orang tak pandang langsung pun natang ni...hehehe..tapi disebalik rupa lintah yang tak berapa nak hensem tu, dia still ade kelebihan dia tersendiri... salah satunya ialah bekam lintah. Kaedah rawatan ni dapat menghilangkan penyakit migraine, muka berjerawat dan yang lain aku tak pasti sebab aku buat memang untuk hilangkan migraine aje...dan alhamdulillah memang lepas buat rawatan tu dah tak pernah sakit lagi dah. Kalau dulu tak boleh nak ketawa lebih, nangis lebih pun tak boleh, panas dan sejuk sangat pun tak boleh tapi sekarang bereh belake...

Proses Bekam Lintah

* lintah tu akan carik port mana dia nak isap darah
* dah jumpe dia akan start isap-masa tu rasa geli-geli sikit lah sebab dia sedut kan
* pastu takde rasa apa dah lintah tu kan statik jek kan situ
* dia dah kenyang dia akan jatuh sendiri masa nih biasanya beautician akan tengok dan kalau nak dia akan pecahkan badan lintah tu dengan air garam so dapat la tgk warna darah kotor yg ke
luar tu.
* biasanya darah kat tempat dia gigit tu akan terus keluar dalam masa 2-3 jam lepas tu

proses ni bergantung pada kecepatan dan "kepelahapan" lintah tu hisap darah korang. dan ingat masa nak buat rawatan ni jangan pakai ape2 kat muka sebab lintah ni suka yg natural..hahaha


ni masa dia dah besar.

ni plak masa dia dah jatuh kekenyangan sebelum kena pecahkan dgn air garam.

suatu ketika dulu memang popular sekejap lintah ni..tapi sekarang macam dah kurang sikit kan.tapi aku tetap percaya yang lintah ni boleh ubat migraine aku.

-EnD-

4 comments:

SURIA AMANDA said...

erk...meremang bulu roma akak dik..ko tak geli ke masa ni dik?

.::cik lin::. said...

geli jugak..tapi sy budak kampung..jd konon2 tahan macho lah depan kawan...hehehe tp masa dia kat muka dah xrasa pun

Noli@Ibu Wafa said...

dik..nnt gatal x kat tmpat yg kene sedut dek lintah tuh?

.::cik lin::. said...

gatai gak akak..n akan jadi mcm jerawat yang besar,,tapi lepas dah kering xde parut lah