

*edisi tertinggal siri akhir*agak panjang sebabb dah malas nak buat siri2 berikutnya*
salam semua…
ha…nampak sampai dah bersiri bagai dah edisi tertinggal aku. Ini bukan malas tau cuma nak bagitau bertapa padatnya jadual aku…
balik dari penang hari tu boleh dikatakan setiap minggu ada je aktiviti, kononnye nak penuhkan sebabb puasa dah dekat.. itu yang semua aktiviti nak sumbat dalam satuu hari juga.
so bermula dengan agenda memanjat bukit broga seawal 5.45 pagi dengan niat nak tgk matahari terbit. maka dengan giatnye gadish2 ayu dan jejeka2 (jejaka ke) tampan kononnye mendaki dalam kegelapan pagi.
masa ni kitirang dah kat atas..nampak tak belakang kitorang tu? ramai giler weh…kat bawah tu ade dalam 3 4 bijik bas..so bukit tu dah jadi bukit orang takkala kami sampai atas.
tapi itu semua tak mematahkan semanggat untuk meneruskan perjalanan ke puncak yang lebih tinggi
so jom layan je gambar..malas nak cerita panjang sebab bukan korang baca pun…kan? kan?
dan akhirnya kami dekat bawah…masa naik xnampak pun benda ni…
so lepas je turun dari broga dalam pukul 8 aku bergegas balik sebab ade meeting…yeah..meeting on weekand..gigihkan? hahaha elok sampai je meeting dah nak mula..nasib sempat balik mandi dan tukar baju. (actuually meeting dekat je ngan rumah so lambat sikit orang tak perasan pun)
selesai meeting, rehat jap sebab dari turun broga tak sempat lagi nak merenggangkan otot.
petang teruskan aktiviti go-kart, yang ni tak sempat nak bergambar bagai sebab semua barang dah letak siap2 dalam keta. giler tak semangat nak bawa keta kecik tu.
tapi yang paling best part main go-kart ni free sebab orang belanja. kang dah menjadi adat benda free adalah benda paling best kat dunia. so thanks to my love sharifah norima sebab belanja kitorang main.
………….. maka hari sabtu terakhir itu diisi dengan padatnya oleh aku, sebab lepas go-kart tu sambung plak makan nasi arab kat saba’ yang dekat jelatek lrt station tu……..
~hidup terada osemm sgt~
so itu sajalah edisi tertinggal ini..
~sekian
:::ByE :::
*edisi tertinggal siri 2*
salam semua…
kawan2 pernah dengar tresure hunt tak? mesti ada yang pernah tapi xtau mcmne main dan mungkin ada yang pernah dengar dan pernah join kan.
bagi aku ni pun pengalaman baru. satu pengalaman yang tak akan dilupakan dan mungkin lepas ni akan menjadi minat pula.
tresure hunt ni adalah satu permainan yang harus menggunakan otak sepanjang game.so kepada sesiape yang amat suka mencabar otak untuk berfikir anda adalah orang yang kami cari sesuai.
tresure hunt yang syarikat aku anjurkan ni bermula dari Shah Alam dan berakhir di Penang. sepanjang perjalanan anda akan berhenti di kawasan yang ditetapkan berdasarkan tulip yang diberi untuk menjawab soalan. anda dibekalkan sebanyak 35 soalan yang 5 daripadanya adalah berbentuk task,dan salah satunya ialah anyam sarung ketupat nasi. agak mencabar bila disuruh anyam ketupat. aku kalau ketupat pulut tu pandai lah nak lipat tapi disuruhnye anyam sarung ketupat nasi…mau terkebil2.
selain dari mengayam ketupat ada lah acara2 lain yang harus dibuat sebagai tugaskan khas untuk dapat extra point.
(ni bukan part yangg diberikan..tapi ni extra part yang dicari sendiri gara2 nak minta tolong makcik kat RnR tu buatkan sarung ketupat)
(kumpulan ni lagi ngelat..siap suruh makcik tu secara terang-terangan..hehehe)
(ini mmg ade dalam task…suruh ambek gambar ngan doyan)
(ni omar yang poyo sebab konon2nya tangan dia kebal..bukan kebal weh…kematu TEBAL kot..hehee)
so dapat disimpulkan tresure hunt ni sangat best dan insyaallah tahun depan if ada lagi kompom join
akhir sekali…eh, ape? dapat hadiah ke x? erm…ni 1st time join lah…malulah nak bagitau dapat tempat keberapa….
………..nak tau juga eh? ok lah..janji jangan gelak ye…….
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
HAHAHA…..nampak x? johan tu…kalau semua orang macam tak percaya…..aku dan team aku lagi lah..kitorang tak suspek pun nak menang. muka aku senyum terkejut tu…
ha…yang ni baru senyum ikhlas lepas dah dapat terima kenyataan (ceettt…ayat macam menang rumah banglo ja kan)
Lepas dah menang tu malam tu keluar round2 penang and lepaking di padang kota tapi balik awal lah sebab esok tu nak sambung makan durian atas bukit kat batu feringgi.
*ini cerita edisi tertinggal*
salam semua…
hari tu (bila dah hari tu maknanya dah basi lama kan) syarikat aku ada buat makan2 buah-buahan. best lah juga sbb sebelum ni keje ngan retail sector xde benda2 ni semua.
satu pengalaman baru bila ada pekara baru macam ni.maklumlah aku kan baru dalm dunia pekerjaan ni.
apa yang best masa festa buah-buahan ni, semua orang boleh makan buah sepuas2nya. aku 1st tengok macam terkejut bila dilonggoknya buah macam kat pasar tani
so semua orang boleh makan sampai lebam. masa hari tu ada durian,rambutan,cempedak dan mata kucing, lain2 aku xpasti plak sebab aku masih malu2 kucing. maklumlah xpernah berada masa dan keadaan macam tu sebelum ni.
dan menurut rakan2 kerja aku, ini merupakan tradisi syarikat. jadi tahun depan ade lagi kan..hahahaha masa tu mungkin aku dah xmalu kucing lagi sebaliknya kucing pula yang malu untuk melihat.
BTW ni merupakan satu pengalaman baru yang best yang aku dapat bila join syarikat sekarang.
(ni table sebelah) table aku xde gambar sbb aku sibuk makan durian, xsempat nak bergambar bagai..hehehe maklumlah hantu durian.
salam semua….
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapakan selamat menyambut ramadhan al-mubarak nih, sebab baru satu hari kan puasanya…
kepada sesape yang nak kurus dan nak kembali sehat tu inilah masanya. bagi lah perut anda tu berehat, bangla keje kilang pun ade cuti tau. tapi ingat, niat kena betul…jangan sebabb nak kurus baru nak puasa…. puasalah dengan niat yang betul.
sebelum puasa jadual aku agak sibuk dan menyibuk penuh, konon2 macam sangat sibuk lah kan sampai xsempat nak hapdet cerita bagai kan. tapi sebenarnya memang sibuk cuma mungkin orang je nampak macam tak berapa nak ade function je aku ni..tapi, ade? ade aku kesah? janji aku dah cuba lakukan yang terbaik.
so bila dah masuk puasa ni aku dah boleh kurangkan sikit aktiviti lain sebab setan dan xleh access
so aku harap bulan mulia ni anda kite ade terkasar bahasa atau tersilap laku minta2 lah maaf supaya segala ibadah yang kita lakukan insyaallah akan menjadi lebih tenang dan diberkati.
~pasni aku hapdet cerita sebelum puasa ye,,yang dah lama menjadi pekasam yang masam kat draf file tu.