*edisi tertinggal siri 2*
salam semua…
kawan2 pernah dengar tresure hunt tak? mesti ada yang pernah tapi xtau mcmne main dan mungkin ada yang pernah dengar dan pernah join kan.
bagi aku ni pun pengalaman baru. satu pengalaman yang tak akan dilupakan dan mungkin lepas ni akan menjadi minat pula.
tresure hunt ni adalah satu permainan yang harus menggunakan otak sepanjang game.so kepada sesiape yang amat suka mencabar otak untuk berfikir anda adalah orang yang kami cari sesuai.
tresure hunt yang syarikat aku anjurkan ni bermula dari Shah Alam dan berakhir di Penang. sepanjang perjalanan anda akan berhenti di kawasan yang ditetapkan berdasarkan tulip yang diberi untuk menjawab soalan. anda dibekalkan sebanyak 35 soalan yang 5 daripadanya adalah berbentuk task,dan salah satunya ialah anyam sarung ketupat nasi. agak mencabar bila disuruh anyam ketupat. aku kalau ketupat pulut tu pandai lah nak lipat tapi disuruhnye anyam sarung ketupat nasi…mau terkebil2.
selain dari mengayam ketupat ada lah acara2 lain yang harus dibuat sebagai tugaskan khas untuk dapat extra point.
(ni bukan part yangg diberikan..tapi ni extra part yang dicari sendiri gara2 nak minta tolong makcik kat RnR tu buatkan sarung ketupat)
(kumpulan ni lagi ngelat..siap suruh makcik tu secara terang-terangan..hehehe)
(ini mmg ade dalam task…suruh ambek gambar ngan doyan)
(ni omar yang poyo sebab konon2nya tangan dia kebal..bukan kebal weh…kematu TEBAL kot..hehee)
so dapat disimpulkan tresure hunt ni sangat best dan insyaallah tahun depan if ada lagi kompom join
akhir sekali…eh, ape? dapat hadiah ke x? erm…ni 1st time join lah…malulah nak bagitau dapat tempat keberapa….
………..nak tau juga eh? ok lah..janji jangan gelak ye…….
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
HAHAHA…..nampak x? johan tu…kalau semua orang macam tak percaya…..aku dan team aku lagi lah..kitorang tak suspek pun nak menang. muka aku senyum terkejut tu…
ha…yang ni baru senyum ikhlas lepas dah dapat terima kenyataan (ceettt…ayat macam menang rumah banglo ja kan)
Lepas dah menang tu malam tu keluar round2 penang and lepaking di padang kota tapi balik awal lah sebab esok tu nak sambung makan durian atas bukit kat batu feringgi.
No comments:
Post a Comment