Blogger Layouts

jom klik2...!!

Friday, November 8, 2013

salam maal hijrah 1435H

assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru kan? walaupun agak terlambat tapi aku tetap nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah, semoga tahun1435H ni lebih bermakna.





kejap je aku rasa setahun tu berjalan, sebab macam semalam je aku rasa kitorang berarak dalam hujan dan tup..tup..ni dah masuk tahun baru lagi.

dan aku macam ni lah..tetap jarang2 update blog...kalo x update pun bukan ade yang rindu pun....(ayat merajuk)


ok lah, dikesempatan yang ada ni aku nak memohon maaf andai dalam setahun ni ade yang terasa dengan penulisan aku secara semgaja atau tidak.

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha 1434H dari perantauan

Salam Aidiladha semua.




mesti ramai yang dah balik kampung kan? 
Aku? erm....
macam tahun2 lepas aku beraya di perantauan je

Sedih la kot bila tak balik raya tapi untuk tahun pertama je...
tahun2 berikutnya dah ok..dah dapat pujuk hati 
tapi tu hati sendiri...hati mak kat kampung tu tak tau lah camne
sebab depan kite dia kata ok..tapi dengar cam tak ok pun ade juga....

So, kepada yang dapat balik kampung dekat2 tu balik lah...
berayalah dengan ibu bapa selagi mereka masih ada...
percayalah masa yang dah berlalu tu tak akan boleh diubati dengan masa yang berganti 

Oleh itu saya CIK LIN mohon ampun dan mengucapkan selamat hari raya aidiladha


Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013

Salam...

Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

So korang balik mana? aku biasalah balik Aloq Staq. Memang raya kali ni aku rasa raya yang paling bermakna untuk aku. Tau sebab ape? Sebab tahun ni aku berkemampuan buat mak aku happy. Aku belikan dia barang2 dapur dan baju raya bagai.

Kalau 10 tahun lepas aku minta baju raya dan happy bila dapat. Dan untuk kali ni aku buat mak aku pula rasa perasaan happy bila dapat baju raya.
Kalau 10 tahun lepas aku meminta supa memasak juadah itu dan ini, tapi untuk raya kali ni aku yang sediakan juadah itu dan ini untuk mak aku
Kalau 10 tahun lepas mak aku buat aku happy bila dapat duit raya, dan untuk raya tahun ni aku biarkan mak aku tersenyum pagi raya bila dapat duit raya.

Aku di lahirkan dalam keluarga kecil dan kehilangan bapak tercinta 13 tahun lalu. Tapi aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk merasa kasih sayang ayah bila mak aku bertemu jodoh dengan ayah sekarang.

Dulu aku selalu impikan nak ambek potret sekeluarga, tapi sayang kesempatan itu tak pernah wujud.... sebab masing selalunya balik raya tak serentak.Namun lembaran adilfitri kali ni memberi aku kegembiraan yang tidak terkata...aku syukur kepada-Mu.

So untuk insan2 yang merasakan aidilfitri mereka tidak bermakna jangan bersedih kerana insyaallah kebahagiaan pasti akan muncul dalam apa jua keaadaan dengan izin-Nya



#coretanhatiku

Sunday, July 7, 2013

wantan mee homemade

salam all...


tertiba plak terasa nak makan wantan mee so ape lagik, terus g tesco dan beli wantan mee dan fish ball dan baby sawi untuk wantan mee.

Selera mengalahkan orang mengandung..tah camne lah kan kalo time mngandung nanti..nasib lah kau wahai incik tunang.

Ni 1st time aku nak try buat wantan mee sendiri sebab sebelum ni if terasa nak makan Chinese food mesti laju2 cari Chinese Muslim Restaurant je. Tah ape mimpi kali ni terasa nak masak sendiri maka jadilah ini




Meh aku kongsikan resepinya :

BAHAN2 NYA


1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam

seikat sawi
(potong dan celur)

2 hiris halia

BAHAN WANTAN

200gm isi ayam*

2 ulas bawang merah*

2 batang daun bawang*

2 hiris karot*

1 tsp lada sulah

sehiris lemon

secubit garam

1 tsp minyak bijan

1 tsp tepung jagung

kulit wantan secukupnya

KICAP UNTUK MEE

4 tbsp kicap pekat

2 tbsp kicap cair

2 tbsp sos tiram

2 ulas bawang putih

1 cawan stok ayam


CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak.(saya masukkan juga sepotong kecil asam keping) Angkat dan toskan. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)


2. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak 

3. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 


4. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata dan letakkan sedikit diatas kulit wantan dan bentuk ikut suka ikut bentuk yang andai pandai


Wantan lupe pulak nak letak dekat pingan masa ambek gambar ni..hehehehe gelojoh sebab xsabar nak makan...kecor ayor liur dah masa ambek gambar ni...itu yang xmenyempat tu.

Ok lah..selamat mencuba kepada sesiapa yang teringin nak makan wantan..tak susah pun.paling simple.

Friday, July 5, 2013

khasiat buah kurma

salam all..


persediaan menyambut ramadhan.

Harus lah buah kurma kan? Kurma ni bila nak puasa je semua orang baru kalut nak cari.
Walaupun ramai orang dah tahu khasiat buah kurma tapi tak semua orang suka makan pada hari2 biasa.

Aku memang suka makan kurma dan mesti ada dekat rumah sebab kalau tak sempat sarapan aku just makan kurma 2 biji sementara tunggu lunch hour.

So meh aku kongsikan sikit khasiat kurma dengan uollss semua.

Khasiat buah kurma:-

* mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

* mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung,     memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

* Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

* Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

* Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

* Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

* Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

 Apa tunggu lagi moh kite pergi beli stok kurma...

 

ByE. 

menghitung hari..

salam all...

Masa berlalu rasa macam cepat je kan? alhamdulillah if nampak anak bulan kita akan sambut ramadhan al-mubarak lagi 5 hari.

So dah buat persedian ke nak sambut bulan baik ni? bukan sediakan list makanan  untuk berbuka tau.
ni lah masa nak bagi perut tu berehat sikit.korang pun nak ade rehat kan.

 Okey..jom start count bersama ye.

ok ByE.







Thursday, June 6, 2013

terberanak dalam kereta

salam all....

Lama kan tak merapu disini...Tau2 aje kembali dengan tajuk N3 yg hambekk kau.

Ceritanya bermula bergini, minggu lepas aku balik kampung, so menjadi kebiasaan aku bila balik kampung aku akan angkut sekali anak2 bulus aku ni dr Shah Alam ke Alor Star. Aku lagi rasa diorang selamat dengan aku berbanding hantar pet shop hotel.

So, berangkatlah aku bersama abg,kenit dan en.tunang ke Alor Star. Actually Kenit tengah sarat mengandung anak abg. Aku dah agak yang kenit akan beranak minggu tu. so,if kenit beranak dekat kampung aku dah niat kan tinggalkan dia kat sana je.Tapi sampai nak balik Shah Alam kenit masih xberanak2.

Sampai je kar Rawang kenit beranak depan aku dan aku hanya sempat lapik tuala kecik je untuk dia.
so kereta aku dah bertukar menjadi hospital bersalin


ni anak sulong. dan akhirnya kenit selamat melahirkan 4 ekor anak yang comei




                                               

                                                   dan ini lah jejaka yang bertanggungjawab 
|
|
|
|
|
V





Monday, April 15, 2013

tip pemilihan syampu yang betul


 salam all..

Tertiba teringak nak share sedikit info tentang pemilihan syampu. Hal ini kerana kalau kita pilih syampu yang salah maka rambut dan kulit kepala kita terdedah untuk mengalami masalah seperti rambut kurang bermaya dan rosak.

Aku ni dah la ada rambut panjang so pemilihan syampu yang betul amatlah diharap oleh rambut aku *agaknya lah*

So antara tip yang aku nak share adalah :



1. Pilih Syampu Ikut Jenis Rambut

Kalau jenis rambut yang tebal dan kasar, pilih syampu yang sesuai untuk rambut yang tebal, atau yang sesuai untuk kulit kepala berminyak. Sebabnya rambut yang jenis tebal lebih mudah untuk memerangkap minyak dan kotoran yang terlekat di kepala.
Untuk yang gatal-gatal, atau yang selalu stress atau migrain, sesuai ambil syampu yang ada "cooling effect".


2. Pilih Syampu Yang Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

Bila kurangnya penggunaan bahan-bahan kimia, rambut kita ni lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. Pilih syampu yang ada bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera (lidah buaya), lavender, minyak kelapa dara dsb yang digunakan juga dalam rawatan rambut tradisional.


3. Syampu Untuk Kulit Kepala, Perapi Untuk Rambut

Kalau yang nak pakai syampu dan perapi (2 in 1), syorkan kepada yang mempunyai  jenis kulit kepala dan rambut yang normal. Kalau yang nak pakai syampu dan perapi asing-asing, sesuai untuk rambut yang jenis kasar dan tebal.


4. Cuci Rambut Setiap 2 Hari Sekali

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Sebabnya rambut kita ni ada "minyak semulajadi" yang buatkan rambut kita tampak licin dan bersinar. Kalau dicuci setiap hari, lama-lama nanti minyak ni akan berkurangan dan buatkan rambut jadi kusut dan tak bermaya. Kalau betul-betul kulit kepala berminyak, boleh syampu sehari sekali.
Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering.
Cuci rambut sebelah petang atau malam seeloknya, selepas balik kerja atau outing siang hari


5. Syampu Rambut Ikut Cara Yang Betul

Okay yang ni ramai tak tahu macamana nak guna syampu dengan betul. Mula-mula basahkan rambut dalam seminit. Gunakan air suam, tak terlalu sejuk atau tak terlalu panas. Letakkan syampu pada tangan, ratakan pada kulit kepala, kemudian boleh urut gunakan jari dalam bulatan tapi harus diingat jangan terlalu kuat kerana rambut kita lemah ketika basah. Selesai bersyampu, boleh bilas rambut dan kulit kepala. Mudah kan? :-)


 dan akhir sekali sekali sekala manjakan lah rambut anda ke salon. Tak perlu mahal tapi perlu cari salon yang menggunakan syampu dan perapi yang berkualiti. "alah membeli menang memakai"

ok selama mencuba

ByE.


        





Thursday, March 14, 2013

10 pekara yang pernah anda lakukan

Salam all sayang2....

Sibuk ke u'olls semua? aku ni sibuk tu tak lah tapi menyibuk keje tu adalah. Tadi ade opismate hantar email himpunan cerita lucu. Tapi dalam banyak2 yang satu ni je buat aku gelak guling2 sambil hentuk kepala kat meja *nampak sgt nipu kan*.

Lawak ni memang relate dengan kite. Tipu lah kalo u;olls ckp satu pun korang xpernah buat..
dah jangan nak geleng2 kepala tak mo ngaku..cepat angguk kepala cepat.

Antara 10 tu...yang no 9 je aku xpernah buat. yang lain semua pernah buat masa zaman kanak2 rebina dulu.
hehehe....lawak kan zaman kita kecik2 dulu...so ada x antara u'olls semua lakukan benda cyomell tu semua..meh kongsi.

 

No.1 - Pernah buat. sanggup bawa pinggan nasi sendiri letak sebelah pinggan kucing2 kat rumah         dan  makan berjemaah dengan diorang. datang mak zussss kena libas ngan rotan..hehehe mak i garanag tau.

No.2 - Buat time pergi shopping mall..sebab kat shopping mall kan besar2 sikit kotaknye...

No.3 - Buat sampai kena marah ngan mak sebab tutup dan buka dan tutup dan buka balik - sampai dah besar baru dapat tau rupanya ade button kat tepi pintu bertindak sebagai suis on/off bila pintu peti ais ditutup @dibuka

No.4 - Dulu kat kampung rumah bawah mana la ade lif semua tu kan, so bila dpt je berebut2 lah nak tekan. Sanggup merajuk semata2 mak yg tekan sebab tak cukup tinggi nak tekan.

No.5 - Tabiat ni sampai sekarang pun suka lg buat..hihihihi

No.6 - Suka buat masa mak buat kek untuk raya. kan buat tu masa berpuasakan? so masa tu bau dan rupa pun sgt nampak sedap..hehehehe - dulu2 je skarang dah xbuat..

No. 7 - suka buat bila kena paksa mandi. Sebabnya nak lenggahkan masa untuk masuk bilik mandi.

No. 8 - Suka main2 alih suara mcm cerita dalam tv tu. Buat suara doremon,giant dan nobita..hihihihi

No. 10 - Rasa bangga gile bila dapat dok atas kerusi paling tinggi - selalu nya akan disertai oleh teman2 seperjuangan atau sepupu sepapat..riuh rendah jadinya, sebab tak puas hati pada yg dapat duduk paling tinggi



Tulah warna warni kehidupan zaman kanak2 dulu. Tak payah nak fikir duit Tak cukup nak bayar bil, Tak payah fikir paperwork banyak lagi tak siap...Zaman dimana hanya ada dunia aku..

tapi budak2 sekarang buat lagi ke imiginasi melampau ni eh? hehehehehe


ok lah u'ollss terpanjang plak merapu hari ni.


#mood- malas nak siapkan persiapan E-day#mula rasa nak redha je sebab malas nak fikir lagi#

ByE..

Monday, March 11, 2013

rumpai laut a.k.a pure marine collegen

salam all...

semalam mcm nak post tentang pmc ni tah la tertiba bz pastu camne tah boleh terpublish terus... so ari ni terus lah edit balik..

Actually nak gtau stock pmc dah sampai...eh tetiba je jadi penjual dah kenape kan?
ceritanya bergini, aku ni suka jual benda yang aku btl2 yakin dan pasti je.
Tu pun jual mesti nak dekat org2 yg kenal je. Sebab risau ade yang tak sesuai..
Tapi Alhamdulillah setakat ni yang membeli ngan aku bagi respone positif.

Dan yang paling best, mak aku yang sebelum ni kencing manis dia tinggi tapi lepas je 2 bulan amalkan pmc ni terus paras kencing manis tu turun...xde lah sembuh terus,tapi still positif walaupun baru amalkan 2 bulan. in sya allah kalo terus diamalkan akan memberi lebih banyak khasiatnya.

So, disini aku sharekan khasiat pmc, ni pun sikit2 je...ambek yg mana kebanyakan kita hadapi..
nak kesan lagi cepat ambek setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur bersama vitamin C (vitamin C yang beli kat farmasi tak kisah jenama apa pun)


KHASIAT RUMPAI LAUT

  • Mengembalikan keanjalan tisu dan otot, menguatkan tulang serta merawat masalah berkaitan dengan sendi
  • Membantu merawat masalah keletihan ( Enemia) dan menambahkan tenaga
  • Berkesan juga untuk yang mengalami masalah ketumbuhan / tumor
  • Membantu merawat penyakit Gout
  • Merawat masalah pengkhadaman
  • Merawat penyakit gastrik, sakit dalam perut terutama luka dalam perut.
  • membantu meningkatkan metabolisme
  • Merawat masalah Tyroid
  • Membantu masalah Kencing Manis
  • Membantu mengawal masalah Darah Tinggi dan tekanan darah rendah
  • Mengatasi masalah sembelit dan buasir
  • Membantu mengawal berat badan dan mengurangkan kolestrol
  • membantu merawat masalah resdung
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman terutama selepas pembedahan.
  • Mengawal dan melambatkan proses MONOPAUSE
  • Membuang toksin dalam badan
  • Membantu menstabilkan hormon
  • Menghilangkan kedutan ( anti-kedut )
  • Mencantikkan , melembapkan dan menganjalkan kulit dan juga kulit nampak berseri

so kepada sesiapa yang berminat boleh lah wasupp atau msg di talian 019-2215096 untuk membuat pesanan atau mengajukan sebarang pertanyaan.

harga :

pmc gred AA (kuning)  - 100gram RM25 + RM5 untuk kos penghantaran

untuk sekitar kota damansara dan shah alam boleh juga C.O.D

Thursday, March 7, 2013

Rock Oooo...!!! vs Jack The Giant Slayer



salam sayang2 semua...

dah lama giler tak tgk muviee, last tgk masa awal2 bercinta dulu, pastu langsung dah xde time nak tgk wayang bila aku dah dpt kerja baru dan off day dah xsama ngan en.kekasih hati.

so sekian lama, en.kekasih hati nak sgt tgk citer Rock oo tu..pergi subang parede then aku request nak tgk mid night (ngade kan? sebab aku mmg xpernah tgk mid night...hehehe) tapi last2 citer rock oo tu xde.

alang2 dah keluar aku ajak je tgk citer ape ade..dan yang menarik perhatian adalah jack the gian slayer. Esoknye baru tgk rock oo..(kebetulan memang ambek AL sebab ada urusan lain) sebab ade org xpuas hati selagi xtgk..kalo ikut aku memang xnak pun tgk citer tu.

so rumusan yang boleh aku buat untuk kedua2 filem tu adalah...

Jack The Giant Slayer
  • Ceritanya tak banyak beza dengan cerita asal kisah donggeng yg semua org tau tu.
  • Tak banyak aksi mendebarkan atau yang mengejutkan- menjadikan ceritanya senang untuk dijangka
  • Watak jahat mukanya xberapa jahat - mungkin fokusnya pada kanak2 kot
  • dari segi grafik cantik dan real dan pemandangan cantik - lagi cantik dan real bila tgk 3D
  • untuk keseluruhan cerita ni ringan dan OK lah...

 boleh le bergambar sebab dah malam xde org..cer ade org, malu le juga

*motipp nak bergambar terangkat kaki bagai*

 Rock Ooo
  • Bukan cerita yang aku minat.
  • jalan cerita berkisarkan kehidupan sebenar
  • nama,watak, dialog dan tempat dalam cerita tu mampu mengembalikan seseorang yang pernah lalui zaman tu untuk mengimbau kenangan *en.kekasih hati le tuuu, sebab dia je yang mengekek katawa sbb teringat zaman tu*
  • garapan cerita yang agak kemas
  • dan yang paling pentingtetap xmembosankan walaupun xminat.






Saturday, March 2, 2013

pharmaniaga charity hunt ~ Marshall mode!

salam semua...

sehat ke? weekend2 ni mesti lah banyak agenda kan.. aku plak macam biasalah mengemas rumah, mandikan anak2 bulus dan tgk tv je..nak keluar? erm..tak kot sebab minggu ni sesorang....en.izrul balik kampung hantar bekas hantaran yang aku dah buat tu.

*ni n3 versi minggu lepas..sebab banyak benda kena settle minggu lepas.

Minggu lepas aku aku ade keje part time as marshall untuk pharmaniaga. Biasanya awal2 tahun ni memang kurang sikit job sebab biasanya company2 akan buat aktivity lepas bulan 5. kiranya pharmaniaga ni job pertama untuk tahun ni...


 ni antara pemenang hunt tersebut

 ni marshall yang takde keje dekat check point..Aku jaga check point sepak takraw dan
dekat check point akhir.




ni plak check point last..fear factor- peserta kena tutup mata then pilih salah satu kotak
kemudian masukan tangan untuk keluarkan syiling 10sen sebanyak 10 keping
dalam setiap kotak tu ada katak dan satu lagi ulat yang kita buat mancing tu
tapi aku tak sempat tangkap gambar masa diorang buat sebab lawak tengok gelagat diorang 
yang gelikan katak dan ulat tu.

Lepas event tu, aku bergegas ke rumah kawan baik aku dari skolah teknik dulu untuk birthday party anak dia.. Kang kalo tak pergi mau muncungnya sampai sejengkal

 ni lah kawan baik aku tu..kat skolah dulu org panggil kitorang kembar. kemana pergi kat situ mesti berdua memandangkan kami satu kelas dan satu dorm.Cer tengok gambar kat bawah tu..hihihi ni masa kitorang f4


 kiri kanan aku ni mak orang tau..itu yang kena kepit sbb kata diorang nak bagi cepat berjangkit
naik pelamin

Ni lah birthday boynye...

Balik rumah mandi dan buat ape yang wajib then terus tdo tak ingat dunia. penat tapi enjoy



ByE.

Saturday, February 23, 2013

happy weekand~

salam cayang2 semua..


Kejap je rasa masuk keje, tau2 dah hari minggu lagi...(bajet pekerja contoh ni).mungkin kerja kat opis tu bertimbun2 tu yang buat aku tak rasa hari berlalu dengan cepat.

Hari minggu aku biasanya habis di rumah aje. Kemas rumah,basuh baju,lipat baju, mop lantai dan xlupa juga mandikan anak2 bulus tu. So if semua benda dah siap hari sabtu maka hari ahad akan dihabiskan dengan bergolek sampai petang.

Tapi sejak2 banyak benda nak kena buat ni weekand pun rasa mcam cepat je berlalu. Now mood nak siapkan hantaran memang tah kemana-mana....malas betul.

Cer tgk anak2 bulus aku menghabiskan hari minggu diorang






ini lah peneman kala sunyi..mummy syg abg n kenit ketat2!! mmuuaahhh!!!!




with L.O.V.E


ByE. 

Monday, February 18, 2013

anak-anak kesayangan

salam cayang semua.

dua tiga hari ni stress sangat memikirkan persiapan dan dengan baju yang tak menjadi tu, nasib lah dekat rumah ni ada anak-anak kesayangan yang menghiburkan.

anak2? hehehe yup,anak2 bulus. diorang ni lah peneman kala duka,kesepian,dan kala suka juga. setiap gerak diorang buat aku rasa bahagia.

Oleh itu aku perkenalkan anak pertama :

A.B.G
ni lah jejaka tampan aku yang penakut. ye yang putih kelabu tu...bukan yg tengah tu..hehehe..yg tengah tu kawan dia sebelum ada adik dulu..sekarang tak nak kawan dah.
kenapa nama dia abg? sebab tah le..masa tu tak de nama comel yg terlintas kat kepala,yg ada hanyalah abg. so abg lah.


Abg ni hadiah dari en.bakal tunang aku untuk aku lepas kematian kecik anak bulus aku sebelum ni...mau sebulan gak meroyan aku masa kehilangan kecik. Abg lah penganti kesepian dan kesedihan aku. Tapi masa mula2 dapat bukan besar ni..kecik lagi


ha...ni lah abg masa dia kecik.tomey je kan. sekarang dah hensem dah...dah boleh kawen dah.



anak bulus kedua :

K.E.N.I.T

dia ni aku jumpa masa hujan bawah kereta aku, kesejukan dan cedera dekat dagu. Tak sampai hati nak tinggal so buat keputusan bawa balik untuk dijaga sementara (kononnya la masa tu). masa aku jumpa tu umur dia dalam seminggu lebih je kot dan aku yakin masa tu mmg seminggu lebih berdasarkan pengalaman aku jaga anak bulus.


kecik kan masa ni..dibandingkan dengan abg yang gedabak tu...maka tu lah sebabnya nama dia kenit. Tapi sekarang dah tak kenit dah..dah besar n makin cantik dah...


lumrah girl mmg suka kan handbag, maka kenit juga sgt sukakan hand bag...hehehehe

dan itu lah buah hati aku..peneman aku..abg + kenit = mereka





#sekarang apa yang abg buat pasti kenit ikut.adik dan abg lah katakan.


ok lah...nanti aku cerita lagi tentang aku dan anak bulus aku ye

ByE

Friday, February 15, 2013

kata ganti diri

salam all,

#bersiaran pada waktu kerja# boss meeting#awasentrypanjangtanpagambar#

Wah tajuk dah macam nak buat ulangkaji subjek Bahasa Malaysia Tingkatan  3..hehehehe
meh nak story sikit, erm,bagi yang ada mengikuti rentetan cerita kisah aku ni mungkin macam pelik (ade ke?) sebabnya aku menulis kejap aku,kejap2 cik lin,kejap2 lagi ber i segala... actually ape pun kata ganti diri itu bergantung pada ketika mana aku menulis,bercakap dan membawadiri..hehehe macam xberpendirian plak kan memang pun. aku ni ramai kawan..ade yg ber iolls ngan aku, ade yang ber'aku'kau' dan ade juga yang sembang sebut nama.

so,perwatakan aku juga akan berubah mengikut dengan siapa aku sembang tu.. contohnye dengan kawan sepejabat, aku akan sebut nama sebagai ganti diri antara sebabnya ialah :

                 *aku rasa macam lebih fomal
                 *aku rasa lebih sopan
                 *supaya nampak yang aku menghormati mereka2
                 *sebab dah biasa bila bersembang dengan orang yang tidak berapa rapat ni mesti guna
                   guna nama sendiri

untuk kawan2 bandar yang sememangnya dia mula bercakap dengan aku pun dah guna 'i' 'u' dengan aku, aku redha je lah ber iolss ngan dia. dan aku guna 'i' sebagai ganti diri juga kepada kawan2 yang berbangsa selain ngan melayu...

dan A.K.U!! aku ni aku guna untuk masa dan keadaan yang lebih santai,untuk kawan2 rapat,kawan2 rock dan juga turut digunakan apabila MARAH...
actually aku lebih relax bila membahasakan diri as aku sebab aku rasa korang lebih rapat ngan aku..ala2 kawan sehidup semati gitueewww..hehehe

the moral of story macamana pun keadaan ko, ko kena belajar melihat kesesuian melalui persekitaran ko.jangan main redah je...dan yang penting ko kena tau batas2 untuk menjadi seorang orang! yang bertamadun.

okey syg semua...


with LOVE,

ByE!!

Tuesday, February 12, 2013

Aku Dia & Tong Sampah

salam all...



macam xterlambat lg kan nak ucap selamat tahun  baru cina..
buah limau dah berkotak i sebat tapi baru nak ucap kan? kejam2...anak sapa lah ni..

so lepas bergolek xde buat ape, sambil2 godek2 kat blog skodeng mana korang pergi kutip ang paw terjumpalah blog cik epal yang hupdet tentang citer ni..i pun ape lagi layan lah..kalo bg cik epal yg dia ketinggalan sbb tgk citer tu lambat, i lagi lah ketinggalan sbb lagi lah lambat layan citer tu.

btw citer tu mmg best, for me lah...sebab i ni jarang sangat layan tv. Tah macam xberminat nak layan tv since dok asrama dulu kot.terbawa2 bila sambung study..mana ade tv kan kat kampus, erm..i means dalam hostel.

So after i layan citer tu, i terus minat ngan Beto ni.ayat dia main selamba badak je dia redah....thump up utk Beto. dan yang paling penting masa tgk citer ni boleh plak felling2 mcm Beto tu ade kat sebelah...hahahaha
ni sesuatu yang diluar biasa sebab jarang citer2 mcm tu bleh buat i tangkap felling...

hurmmm....mcm dah panjang plak i membebel kan...so jom layan reramai....









#dah2 jangan nak feeling lebih2 plak...

B.y.E

Friday, February 1, 2013

pinjamkan aku kekuatan-Mu

assalamualaikum all,


lama kan berceloteh disini,ade yang rindu x? (perasan ade org rindu). Aku ni masa yang ada seharian tu rasa macam cukup - cukup je,lakukan yang wajid.

tak lama lagi nak hidup berdua, lagi lah nak kena belajar manage time tu dengan betul kan... tapi insyaallah semua pasti akan ada jalan.


ekarang ni mood serabut, dengan kerja yang tak pernah surut dan mainan perasaan yang melampau.
semua rasa ade..memang perasaan dekat - dekat dengan majlis ni memang begini ye? hurm...harap sgt dipinjamkan ketenangan tu untuk aku hingga semuanya selesai insyaallah...


saat sekarang ni rasa macam nak duduk jauh - jauh dan sorang-sorang supaya dapat menenangkan jiwa yang serabut ni.





eNd~